Kami membekal dan menjual Minyak habatussauda, kapsul baraka, cuka kurma, cuka epal, pati delima, biji aprikot B17 dan buku dengan produk berkualiti serta harga terbaik dan murah..

Kisah Seorang Suami Yang Hebat...

>> Thursday, February 10, 2011


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya
membawa isteri ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia
mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa
mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya
dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh
kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia
jumpa doktor dan ternyata…. isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak
dah. .
Maka bermulalah cerita baru dan haluan
sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum
ini senang baginya, termasuklah bau badan saya.
Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang
masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun
tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak
dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja.
Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik.
Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia
tak  boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang
mengandung memang macam tu, sekarang ni dah
boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu
macamana nak elakan insomnia yang dialaminya,
iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri
saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum
mengandung pun saya akan membaca Al-Quran
diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah
dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap
dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-
mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid.
Saya bermula dengan kitab pertama yang saya
pelajari dahulu iaitu kitab ‘Kasyaful Mahjub’.
Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu
ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih
tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan.
Segarang-garang harimau pun tak makan anak,
apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya.
Siapa saya untuk mempersoalkanya.Saya bercerita
kepadanya tentang Allah, zat, sifat,
asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada
diri saya.

Ada yang menghantar email dan
bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan
bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa
sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan
rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau
suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu
dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya
(subconscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda
sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke
atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah
al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di
putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak
sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang
ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan
menasihati isteri saya agar tidak selalu
melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak
bersabar Nasihatilah orang yang anda sayangi
dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan.
Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu
masuk bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia
sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak
matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan
diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan
mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya.
Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi
40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar
pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan.
Bagaimana mungkin manusia yang belum
dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya
juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah
dididik sejak dari kandungan lagi.
Saya beri anda satu logic akal, acuan yang bulat mana mungkin
menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan
anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada
diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi
Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu
Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang
disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada
anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para
nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.
Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak
terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula
kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun
nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca
surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya
kehalaman rumah, mahu merenung langit malam,
satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak
di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga
kini. Langit agak terang dan bersih. Saya
bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya
sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang
masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang
tuhan. Saya terus merenung langit malam, saya anak
yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,
sehingga sekarang tidak diketahui siapa
ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.
Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan
yang baru.
 
Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika
anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan
membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak
perlu dibohongi yang teddy bear adalah’mama’nya
seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah
benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah
terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah
biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan
guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera
saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.

Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.
Inilah ‘bintang timur’ dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang
dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama
lagi,akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP