Kami membekal dan menjual Minyak habatussauda, kapsul baraka, cuka kurma, cuka epal, pati delima, biji aprikot B17 dan buku dengan produk berkualiti serta harga terbaik dan murah..

Wasiat Raja Haji Fisabilillah kepada Umat MELAYU

>> Tuesday, December 16, 2014

Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknatullah.
 Akan tetapi Belanda itu telah mencanangkan bahawa aku dan sekalian orang Bugis tidak berpuas hati dengan pengagihan hasil rampasan tembakau dari Kapal Betsy kepunyaan Perancis yang menceroboh Selat Melaka itu. 

Adapun kita adalah orang-orang Melayu yang beriman kepada Allah Taala juga menyakini bahawa peristiwa itu hanyalah asbab yang telah menyatukan orang-orang Melayu dari Teluk Ketapang, Selangor, Rembau dan dari Batang Tiga untuk menghambat Belanda keluar dari Punggor, Duyung, Pernu, Semabok, Ujung Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir, Bukit Cina, Tanjung Keling dan Tengkera sebelum kita berkubu di Teluk Ketapang.
Orang Serani, Cina dan India turut bergabung dengan kita dalam peperangan ini. Kini Gabenor Belanda menjadi seperti tikus dikejar naga berkubu di Kota Melaka. Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.

Yakni dengan kata lain, peperangan ini adalah untuk mengembalikan tanah, udara, air dan laut yang telah dirampas oleh penjajah kepada orang-orang Melayu yang sudah beratus tahun membina kehidupan, membina kota dan pelabuhan di tanah air ini.
Jikalau terdapat satu pun kampung, daerah, kota dan pelabuhan yang terbakar dan ditawan oleh penjajah, maka seluruh orang Melayu di seluruh kampung, daerah, kota dan pelabuhan wajiblah bangun menentang dan menghalau mereka.

Sesungguhnya orang-orang Melayu itu bersaudara dan kita tidak akan kalah dalam mana-mana peperangan pun, jika kita bersatu padu di jalan Allah. Syahadan untuk kita bersatu di jalan Allah bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia bagai mengepal pasir yang kering. Syaitan adalah musuh yang nyata sama ada yang terang-terang terlihat pada mata kasar mahupun yang berselindung di sebalik hati manusia.

Terbukti kebenaran wahyu sejak kakiku berjejak di Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi, Bangka, Pontianak, Mempawah dan negeri-negeri Melayu yang lain. Telah bersungguh-sungguh aku membantu meleraikan persengketaan yang berlaku sesama sendiri dan mematahkan muslihat penjajah laknatullah. Mana dapat dibuat damai, maka damailah yang kumeterai.
Mana yang berkehendakkan peperangan, maka peperanganlah yang kupimpin kerana sudah dua ratus tahun lebih kita masih dijajah bahana berebutkan kuasa yang tidak habis-habisnya, saling berhasad dengki dan bersubahat dengan musuh. Yang ruginya rakyat jelata. Tanah diambil, hasil diperas dan tubuh diperhamba.

Maka pada hari ini, tanggal 19 Rejab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis di atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. Al-Quran di sebelah kananku. Kitab Dalilul Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku.

Sungguhpun demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang aku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut. Berwajah Melayu berhati Belanda.
 Usahlah ditanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naiknya. Apabila Allah mengkehendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiadalah siapapun yang dapat mengelakkannya. Biarkan sahaja mereka menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah! Nah, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian.

Marilah kita berdepan sebagai seorang lelaki Melayu yang sejati! Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allah. Matiku di medan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah Taala. Matimu di medan perang ini, tandanya celakalah engkau di akhirat kelak.

Seyogia, ketahuilah saudaraku. Walau apapun yang terjadi kepadaku janganlah dimungkirkan kafiat jalanku ini kerana ia akan hanya mengulangi kekhilafan malaikat apabila Allah menyatakan kehendak-Nya mahu menciptakan manusia untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi yang akan ada di kalangan manusia saling menumpahkan darah. Janganlah kita lupa pengakuan azali kita di depan Allah.

 Janganlah kita melupai ilmu yang Allah ajarkan secara langsung daripada sisi-Nya kepada kita. Kerana dengan itulah kita, manusia ini, dibangga-banggakan Allah di hadapan para malaikat-Nya, kata Allah ‘Sudah kunyatakan bahawa aku lebih mengetahui daripada apa yang kamu tahu.’
 Allah Maha Besar! Andai aku mati di medan perang ini akan berlanjutan fitnah demi fitnah yang tidak habis-habis, menghujani orang-orang Melayu di sepanjang sejarah akan datang. Manusia Melayu munafik, pengkhianat, pendengki dan petualang akan sentiasa muncul di kalangan kalian sebagai semut hitam yang melata di atas batu hitam pada waktu malam, tanpa bulan dan bintang.

Akan ada di kalangan kalian, Melayulah juga ia, yang akan menyambung lidah Belanda menuduh aku berjuang dan berperang kerana mabukkan harta dan kuasa. Sesungguhnya moyang poyangku para Opu Daeng Lima Bersaudara bukanlah mahu disanjung-sanjung dan dimegah-megah. Memadailah kukatakan apa yang kami inginkan ialah bangsa kita umat Melayu ini hidup bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

 Maka Maha Adillah Allah Taala sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan umat Melayu sesudah kami ini yang akan menyambung perjuangan kami. Mereka menyambut panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang.

Semangat mereka menyerupai kami, walaupun bilangan mereka tidaklah seramai golongan munafik dan petualang. Mereka berani mati sehinggalah si petualang bangkit daripada sujud tatkala imam dan jemaah masih bersujud, lalu ditancamkan pisau di belakang antara mereka. Maka sesekali tidak mengundang gundah kerana apabila sudah datang janji Allah, maka syahid lah dia.

Jika yang ditikam itu masih terus hidup, maka dia akan menjadi saksi kepetualangan si munafik tersebut, lalu mudahlah dicam dan diberkas seketika itu juga. Maha Besar Allah Yang Awal dan Yang Akhir. Ketahuilah wahai saudaraku.
Bahawasanya umat Melayu tidak akan sesekali ghaib daripada muka bumi ini yang Allah telah takdirkan gunung, dataran, sungai, kuala, selat dan lautan untuknya. Semuanya akan diwariskan Allah kepada raja yang adil lagi saksama dan pembesar yang mukmin dan mukminat untuk memerintah.

Maka Allah mengurniakan rahmat dan berkat daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan semua penduduk bumi dan langit mendoakan kesejahteraan bagi segenap isi negeri. Sesungguhnya akan tibalah pada hari dan zaman itu orang-orang Melayu semuanya akan bersatu dan sanggup mati di jalan Allah.

Mereka bersedia berperang dengan musuh daripada belahan dunia mana sekalipun. Kota-kota mereka terbina daripada peradaban ilmu yang dihiasi dengan mutiara kebijaksanaan. Ulama dan cendikiawan diterima sebagai penasihat ulil amri. Para ahli sufi terbebas daripada fitnah ajaran sesat dan batil.

 Rakyatnya cukup makan dan untung berniaga, tanpa ada penindasan dan perampasan. Kaum-kaum lain mendapat naungan dan jaminan keadilan sehingga taat dan setia mereka tidak berbelah bahagi lagi. Zaman makmur itu akan tiba juga apabila hak-hak Allah dipenuhi. Hak-hak rakyat dilaksanakan. Peraturan-peraturan mereka ditimbang dengan syariat dan disukat dengan adat. Syahadan, ketahuilah olehmu wahai saudaraku. Ingatlah bahawa ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait.

Justeru tetapkanlah waspada sebagai pengawal di pintu gerbang zaman makmur. Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga. Runtuhnya zaman makmur kerajaan Melayu sebelum ini adalah kerana raja dan pembesarnya sudah ada biduk, tetapi serempu pula. Lalu timbullah perebutan, hasad, iri hati dan sengketa.

Kalau rakyatnya pula suka menuntut piutang lapuk. Ditelan kemewahan dilambung mabuk. Ada juga yang menjadi seperti itik bertaji. Tandanya, keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya sahaja. Musuh yang nyata disetiakawankan. Manakala sesama sendiri sanggup ‘berjuang’ hingga memancung leher.

Kesudahan mereka adalah dengan suul khatimah kerana lekat pada ingatan mereka akan harta dan kuasa yang terlepas daripada tangan. Dipamerkan pula tempatnya di neraka jahanam, wa nauzubillah. Itulah jihad di jalan syaitan adanya. Benarlah, ujian-ujian daripada Allah turun bersama-sama zaman makmur.
 Maka jika kita alpa dan lalai diri dengan melakukan kegiatan dan perbuatan yang dilarang Allah, maka tunggulah bala bencana daripada tujuh petala bumi dan tujuh petala langit bertali arus menimpa umat Melayu itu. Ya Allah menitis pula air mataku. Ketahuilah bahawa aku tidak pernah menitiskan air mata sebagai seorang lelaki Melayu berhati kecut. Tetapi air mataku ini mengalir apabila memikirkan anak cucu cicit yang terkemudian hari.

 Apalah pula ujian dan balanya; apalah pula sengketanya; apalah pula pengkhianatannya; apalah pula penyelewengannya dan apalah pula kesudahannya. Segala ribut badai perasaanku menyatu bersama ingatan terhadap junjungan nabi kita ketika saat-saat sakaratulmaut menjelang, telah terucap di mulutnya yang mulia ‘umatku, umatku, umatku!’ Aduhai Nabi kekasih Allah! Ingatlah pada zaman manapun kalian berada sentiasalah berselawat ke atas nabi dan beramal dengan sunnah-sunnahnya kerana itulah penyelamat agung penyedar daripada alpa dan lalai, pengikis sifat munafik dan menghidupkan jiwa.

Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada awalnya
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad. pada akhirnya.
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada setiap ketika.

Tatkala sampai di baris ini, aku sedang melihat berpuluh kapal perang armada Belanda pimpinan Peter van Braam dari Betawi itu, sudahpun tiba di pantai. Demi Allah, yang hidup dan matiku hanyalah di tangan-Nya, sedikitpun aku tidak berasa gentar, apatah lagi untuk berundur walau seinci pun ke belakang kerana kuyakini Allah sentiasalah ada bersamaku dengan panji janji-Nya dan panji kebenaran-Nya. Biarlah luka di dada jangan luka di belakang.

Rencana si munafik itu sampailah ke kemuncaknya apabila mereka dapat masuk menyelinap ke dalam kubuku, merampas pemurasku yang disandarkan ke dinding, maka ketika itu sampailah ilham daripada Allah kepadaku.

Bahawa aku kini hanya ada sebilah badik tersisip di pinggang dan hijap yang terangkat antara aku dengan Tuhanku. Seraya langsung aku memanjatkan doa, “Ya Allah sesungguhnya aku telah dizalimi dan dikhianati.

 Aku bentangkan ke hadrat-Mu seluruh pengharapan-Mu dengan segala fakir dan hina diriku, Engkau jadikanlah warkahku ini terhijab daripada pandangan mata setiap munafik dan musuh-musuhku serta Engkau peliharakanlah warkahku ini hingga sampai ke hujung zaman agar dapat dibaca dan ditilik oleh anak cucu cicit kami pada kemudian hari.

 “Ya Allah. Tidak sampai hati mahu ku pinta celaka untuk segolongan Melayu yang bersubahat dengan penjajah itu. Ya Allah jadikanlah anak cucu cicit kami di kemudian hari berjuang dan berperang dengan lebih berani dan gagah di jalan-Mu.

Ya Allah tempat aku juga di sisi kekasih-Mu, Rasulullah yang aku rindui dan cintai segenap hatiku sekiranya aku gugur di jalan-Mu Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Mengabulkan doa.” Tatkala itu munafik-munafik itu mahu menangkap aku yang masih bertimpuh di atas sejadah.

Namun demikian dengan kuasa Allah Taala segala sendi pada tubuh mereka, terkunci kaku seperti patung adanya. Maka bingkaslah aku daripada duduk lalu aku pandang satu persatu wajah-wajah Melayu munafik itu. Benarlah, peluru perak pemecah kubu yang kuat. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.
 Tiada gunanya lagi kata-kata kerana perut tidak bertelinga. Sesudah itu berjalanlah aku menuju ke muka kubu dan tersergamlah kapal perang penjajah laknatullah itu pada pandanganku. Inilah Raja Haji yang kalian cari-cari. Syarak yang mengata, adat yang memaksa. Dengan badik di tangan kanan dan Dalilul Khairat di tangan kiri, lidahku berwiridkan selawat.

 Bammm!!!

Bunyi bedilan sebuah meriam daripada salah sebuah kapal Belanda yang muncungnya dihala ke batang tubuhku, bergema ke udara. Ah! Sungguh beruntung pengkhianat itu kerana dapat menyaksikan lagi kuasa Allah apabila peluru lela rentaka meletup di dalam lubangnya sendiri, lalu terpelantinglah askar Belanda berselerak di atas kapal dan sebahagiannya pula jatuh ke dalam laut.

Beranak pinaklah pula bunga-bunga api membakar kapal perang itu. Panglima Perang Belanda Peter van Braam nyatalah amatlah terkejut adanya. Bertambah maraklah lagi semangat jihad yang menjulang-julang dalam dada pejuang-pejuang Melayu.
Bertambah amuklah mereka hingga berkecamuk barisan penembak pasukan askar Belanda itu. Lantas bertafakurlah aku apabila melihat keadaan itu. Aku berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menetapkan apa jua keputusan-Nya.

Beberapa ketika kemudian dapatlah aku ilham daripada-Nya seraya aku bermohon, “Ya Allah aku berserah kepada-Mu seluruh jiwa dan ragaku.
Aku rela syahid Ya Allah di jalan-Mu, daripada kehormatanku dan kehormatan umat Melayu ini dipijak-pijak oleh penjajah laknat ini setelah ditipudayakan oleh petualang daripada bangsa kami sendiri.” Arakian Panglima Perang Belanda itu sendiri segera menyalakan sumbu ubat bedil merim lela rentaka yang muncungnya dihalakan tepat ke dadaku.

Bammm!!!

Maka sampailah janji Allah. Mencurahlah darah daripada dadaku. Jasadku rebah ke tanah. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Maka terpinga-pingalah para munafik dan petualang apabila melihat askar penjajah memijak-mijak batang tubuhku, membakar al-Quran dan Dalilul Khairat. Badikku pula dilemparkan ke dalam laut. Pecahlah kapi, putuslah suai. Datanglah masyghulku, tetapi seketika itu juga difahamkan Allah kepadaku bahawa itulah tanda-tanda doaku yang telah dimakbulkan Allah.






GLOSARI:
• Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja = Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.
• Bagai mengepal pasir yang kering = Kesukaran menyatukan perbezaan pandangan tahu di angin turun naiknya, tahu tentang alamat tentang peristiwa yang bakal terjadi.
• Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah = Yakin maksud tercapai.
• Ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait = Halangan dan rintangan dalam sesuatu usaha.
• Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga = Dalam zaman kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.
• Sudah ada biduk, tetapi serempu pula = Berebut kuasa.
• Menuntut piutang lapuk = Melakukan sesuatu yang sia-sia. 
• Itik bertaji = Sangat penakut tetapi sombong.
• Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya = Perbuatan yang pandir.
• Biarlah luka di dada jangan luka di belakang = Biar alah kerana melawan jangan alah kerana melarikan diri.
• Peluru perak pemecah kubu yang kuat = Kerana duit semuanya dibongkarkan
• Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang = Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri.
• Perut tidak bertelinga = Nasihat yang tidak akan diturutkan
• Syarak yang mengata, adat yang memaksa = Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan • Pecahlah kapi, putuslah suai = Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi (sejarah) dan menanggung malu teramat sangat.

dipetik dari brahammickel.blogspot

Read more...

Asal Usul BANGSA MELAYU!!!

habatussaudamadinah.blogspot:Tulisan ini saya petik daripada sebuah laman web..samada ianya hipoteseis..teori..fakta..ataupun auta..Terpulang kepada anda untuk menilainya...



Apakah Bangsa Melayu rela dimusnahkan Walhal bangsa ini ada hubungkait dengan Nabi Ibrahim a.s. Malah pernah mempunyai tamadun hebat pada kurun sebelum masehi lagi. Sg Batu membuktikannya. Peninggalan berusia ratusan tahun sebelum masehi ditemui. Apakah kita masih berdiam diri dan biarkan konco-konco Zionist memusnahkan bangsa hebat ini?


 Dari apa yg saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s., jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.Ingin mengetahui mengenai sejarah-sejarah dan rahsia-rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum-kaum Bani Israel yg sesat (bangsa yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan). 


BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe) 

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, teramat perlu. KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.

 Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu: 

1. Reuben 2. Simeon 3. Levi 4. Judah 5. Issachar 6. Zebulun 7. Dan 8. Naphtali 9. Gad 10. Asher 11. Joseph 12. Benjamin 

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. 


Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. 


Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii. Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). 


Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. 


Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.  Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.  


Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. 


Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).


Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel! 



Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. 

 Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?  Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia? Dari mana salsilah "Melayu". Yahudi memburu saki-baki keturunan Nabi Yusuf? Kenapa? 

MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?? Apakah itu "3Mim" ? 

Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism... kenapa? 


MELAYU - JAWI Siapakah Melayu?  Dari manakah asalnya Melayu itu? 


Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. 


Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...


dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka? 'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur! Keturah, Ibu Melayu Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini. 


Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan. Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. 


Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tapi... siapakah Keturah?? Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .





 Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen. Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). 


Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s .Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.


 Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S). 


Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.


 Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi' - menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka) Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. 


Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. 


Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. 


 Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland? Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.


Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba) Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. 


Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik, Madagascar dan Amerika Latin. Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?)


berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini). 


Kambuja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s). Sedangkan kan hipothesis dari Dr.Ralp Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kpd Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puan 'Bnaei Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. 


Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana  itu, bangsa Mala yg sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleha saudaranya Shimon dan Yehudah. Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh(Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi. Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. 


Samalah dalam kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.s itu Yahudi, lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s. 


Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dgn bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng. Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan, Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa Mala(Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam). 


Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng. Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala. 


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2014/01/siapakah-bangsa-melayu.html#ixzz3M7ocknbZ





            

Melayu-bangsa yang hilang..

Read more...

PENIPUAN DI INTERNET...AWASSS!!!

>> Saturday, December 13, 2014


KISAH BENAR-habatussaudamadinah.blogspot.com

assalamualaikum..

Harini saya nak berkongsi dengan saudara semua berkenaan dengan penipuan jual beli Online.
Perkara ini telah berlaku kepada saya..

Baru-baru ni saya ada menjual satu barang (x perlu rasanya untuk sy bgtau) melalui satu laman web terkenal di Malaysia iaitu mudah.my.(PENIPUAN INI TIADA KAITAN DENGAN mudah.my...CUMA SAYA INGIN BAGITAU. PENIPU DI LUAR SANA MENGGUNAKAN SEGALA PLATFOM LAMAN WEB JUAL BELI UNTUK MENCARI MANGSA)

Selepas beberapa hari kemudian saya menerima wassap daripada seorang "Pembeli" yang mendakwa daripada U.S.A untuk membeli barangan saya..no hp tersebut ialah :

+234 816 647 9633

"pembeli" tersebut bersetuju dengan harga yang saya letakkan dan akan bank in kepada saya beserta dengan wang pos sebanyak RM 450.

Dia meminta emel saya, kononya untuk pihak bank menghantar bukti bayaran kepada saya.

Kemudian "Pembeli" berkenaan mendesak saya untuk membungkus barangan yang saya ingin jual segera dan menghantar foto melalui wassap sebagai bukti.

Esoknya dia menghantar wassap yang meminta saya memeriksa emel. setelah diperiksa, saya dapati meseg tersebut masuk dalam SPAM..saya yang tiada pengalaman dalam transaksi luar negara terus percaya dengan transaksi tersebut..

butiran emel seperti di bawah:


*****( Confirmation of Transaction ID : 9GW755953N953900L***Credit Europe Transfer Notification of Auction Payment )***
Inbox
x

Credit Europe Bank Plc ® OlineTransfer ® <credit_europe.online@ownplace.com>
Dec 8 (6 days ago)
Description: https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif
Description: https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif
Description: https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif
to me
Description: https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif

Payment Notification
Transaction code 
: 9GW755953N953900L 

Dear :Nama saya
                                    Congratulations !!! .You have an Instant Bank Transfer for auction Payment of 450.00 RM   from Mrs Yahaya Rahamat  via Credit Europe Auction Payment for your auction item of(Clark Shoe) This payment has been successfully processed and has been Approved. Details  of the transaction is provided bellow :
 


Buyers Account Details
 


Account  Name: Mrs Yahaya Ramat
Bank Name : Credit Europe Bank
Bank Code : CE00931UK
Account Number : 59254262
Bank Location : London UK 

 


Sellers Account Details


Name:NAMA SAYA
Account Number :*******
ISO Country Code:MY(Malaysia)
Bank Name :MayBank
Email address:*******@gmail.com 

TRANSACTION DETAIL


KEMUDIAN EMEL KEDUA DI HANTAR:


**Credit Europe Auction Payment team Has Sent You Confirmation for An Auction Payment ***9GW755953N953900L**Awaiting for your shipping scan copy now..
Inbox
x

Credit Europe Bank Plc ® OlineTransfer ® <credit_europe.online@ownplace.com>
Dec 8 (6 days ago)
Description: https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif
Description: https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif
Description: https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif
to me
Description: https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif


Payment Notification
Transaction code 
: 9GW755953N953900L 

Dear :****
    

    This is to inform you that we have received your payment of 450 .00 RM from Mrs Yahaya Ramat for an item .. Purchased from online advert.The money has now been deducted from the buyer's bank account and ready to be transfer  into your Bank account. It will be deposited into your Account :



  ***Sellers Bank Account Details***As provided by the Buyers (  Mrs Yahaya Ramat )*




Name:NAMA SAYA
Account Number :*******
ISO Country Code:MY(Malaysia)
Bank Name :MayBank
Email address:*******@gmail.com 





                                 *** IMPORTANT NOTE ***
                     ''" YOUR PAYMENT WILL BE TRANSFER INTO YOUR  ACCOUNT IN RM'" 


This Auction payment has been deducted from your Buyer bank account and has been "APPROVED" but will not be credited to your seller  account which information is provided above until the You Send us the Shipment Reference/Tracking Number or Bar Code for shipment verification so as to secure both the buyer and the seller. Below are the necessary information requested before him/her account will be credited. the tracking number must send to us through this email address(credit_europe.online@ownplace.com) and our customer service care will attend to you.. As soon as we got the shipment's tracking number for security purposes and the safety of the buyer with the seller, the money will be credited to your account within 24 hours. 


PLEASE NOTE THAT THIS PAYMENT WILL NOT APPEAR ON YOUR" Bank Account " UNTIL YOU SEND THE SHIPMENT REFERENCE NUMBER OR RECEIPT SCANNED COPY YOU GET FROM THE POST AFTER SENDING YOUR BUYERS ITEM. 


Once the tracking number/bar code is sent to us and shipment has been verified . You will receive a "CONFIRMATION Email" from CREDIT EUROPE BANK® transfer service informing you that the Money has been deposited into your seller bank account... .


This is due to new policies at Credit Europe Bank to protect both the buyer and the seller in the face of the growing number of fraudulent activities perpetrated via the internet. Your payment is intact. You are encouraged to complete this transaction as soon as possible. 
Here at Credit Europe you can be assured that your security and safety is our top most concern.

If you have questions about this payment for your sold item or service, please contact(credit.europe.transfer@timepass.com) Bank directly by replying to this email. Your query will be answered promptly .



Thank you for using Credit Europe bank Auction payment Transfer!
The Credit Europe bank Auction Payment team



       

   General Manager of CEB NV.
          SIR, ONUR UMUT.
Credit Europe veiling Transfer Manager..


Anda perhatikan betapa liciknya cara mereka menipu..dia menggunakan emel yang seiras dengan

crediteurobank....sebaliknya emel yang dia guna ialah:

1)   credit-europe@ownplace.com
2)   credit_europe.online@ownplace.com

selepas disiasat juga..tiada bank yang menyekat transaksi sehingga barang perlu diposkan terlebih dahulu seperti emel yang dia dakwa.

syukur saya sempat sedar. dan dapat elak daripada ditipu.
namun saya menyamar dan terus melayan wasap dia untuk tahu sejauh mana taktik penipuan dia..

apabila duit tidak masuk dalam akaun..saya berpura2 bertanya kenapa duit tidak masuk sedangkan barang telah di hantar.

dalam 24jam dia telah emel kepada saya spt di bawah ini:


Payment Notification
Transaction code 
: 9GW755953N953900L 

Dear :******

 Your payment (1,000.00 RM) is now ready to be activated into your bank account and the Payment (1,000.00 RM) will be reflecting in the next 24 hours which means,You only have 24 hours to refund the overcharge amount of (550.00 RM) back to your buyer so as to enable us UN hold your payment from reflecting on your bank account. We have also contacted the buyer to know his/her  preferred way of getting his/her money back. The buyer has reply us and choose the best way of getting the overcharge payment back which is through Western Union Money Transfer. The buyer of your item hereby request that the payment is to be sent directly  to his Business partner in Nigeria because the money was deducted from their account and the overcharge amount will be sent via Western Union Money Transfer to the bellow name and address Below.
 
Full Name:Adigun Habeeb
Address:No 10 Alarere Dugbe
State: Oyo State
City:Ibadan
Country: Nigeria
Zip Code:23402



 
Note :The payment will be reflecting on your bank account in less than 24 hours which means you must refund the overcharge amount back within the next 24 hours unless we will keep holding  the payment from reflecting on your bank account and we have very limited time to do this. 

We are very sorry for any inconvenience this may cause.

If you have questions about this payment, please contact Credit Europe Bank directly by replying to this email. Your query will be answered promptly .



We hope to hear from you soonest.
Thank you for using Credit Europe bank Auction payment Transfer!
The Credit Europe bank Auction Payment team
 


       

   General Manager of CEB NV.
            SIR, ONUR UMUT.
Credit Europe veiling Transfer Manager..



 Sekali lagi dia cuba menipu dengan mendakwa dia telah membayar lebih daripada harga barang.dan meminta saya memulangkan baki terlebih dahulu sebelum duit dia dapat masuk ke akaun saya...

Lihat betapa hebatnya putar belit "pembeli" ini..
jadi tujuan saya mendedahkan penipuan ini adalah untuk berkongsi dengan saudara sekalian agar berhati-hati dengan urusan transaksi di internet..lebih-lebih lagi melibatkan transaksi luar negara...dan berhati2 dengan mereka yang meminta DUIT dahulu sebelum menghantar barangan..ataupun meminta barang dihantar dahulu sebelum bank dapat melepaskan duit ke akaun...semua itu adalah taktik PENIPUAN...

pesan saya juga:

1) siasat terlebih dahulu penjual/pembeli sebelum membuat bayaran lebih2 lagi melibatkan barang dari luar negara
2) tanya mereka yang arif jika terdapat tawaran yang tak masuk akal
3) berhati-hati dan jagan percaya jika emel tersebut bukan di terima dalam inbox sebaliknya masuk dlm spam
4) jika "perasaan/hati" anda rasa tidak sedap ..kadang2 itu adalah petanda daripada Allah..

AWASSSSSSSSSSSSSSSSSS...

Di bawah ini adalah satu lagi contoh emel yg digunakan oleh pihak scammer/penipu online:
Wasup chat ni sy petik drp cust. yg hampir terjerat..
mujur  beliau sempat baca blog ini dan sempat bertanyakan pasal scammer ini.
Alhamdulillah beliau terselamat drp ditipu.

Modus operandi yg sama digunakan.cuma scammer ada menghantar gambar europe bank,mungkin utk meyakinkan lagi mangsa.



Moga memberi peringatan kpd kita semua agar tidak terjerat dengan scammer.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP