Kami membekal dan menjual Minyak habatussauda, kapsul baraka, cuka kurma, cuka epal, pati delima, biji aprikot B17 dan buku dengan produk berkualiti serta harga terbaik dan murah..

cara clear cache shopee

>> Sunday, April 19, 2020

jika anda menghadapi masalah semasa nak bayar atau payment di shopee
maka anda boleh cuba clear cache anda.

ini adalah salah satu punca payment anda tiba2 bermasalah.



cara clear cache shopee :sila rujuk gambar
1. klik me
2. klik account settings
3. klik about
4. klik clear cache

selepas itu anda boleh cuba buat payment anda seperti biasa

selamat mencuba!

Read more...

CARA BAIKI KIPAS TAK GERAK/PERLAHAN

>> Saturday, April 18, 2020

cara baiki kipas siling 


Sempena PKP ni, saya nk kongsi cara tukar kapasitor kipas syiling..

MASALAH: bila on, kipas saya gerak sikit je lepas tu tak hidup terus

PENYELESAIAN : cuba tukar kapasitor

1. buka penutup kipas bahagian bawah tu
2. cari kapasitor spt dlm gambar tu
3. cabut wayar
4. beli yang baru, saya punya rm5..yg asal  2.0uF..saya tukar  2.0uF juga
5. pasang yg baru..balut tape kan dia..sambungkan wayar, takpe mana2 pun warna.
6. siap dan berfungsi smula ٱلْـحَـمْـدُ للهِ 

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد 

Read more...

CARA BETUL BERSIH KIPAS ELAK HABUK TERBANG

>> Wednesday, April 15, 2020




AKTIVITI SEMASA PKP- Bersih kipas cara mudah

1. Guna sarung bantal
2. Basahkan
3. Perahkan agar tidak berair
4. Masukkan sarung dalam bilah kipas
5. Lapkan
6. Kipas bersih

إن شاء الله

#StayAtHome
#BanyakkanZikirDanSelawat

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Read more...

TERJEMAHAN AL QURAN yang di cari-cari

>> Wednesday, October 18, 2017

Assalamualaikum..
Dengan izin Allah,harini berkesempatan menginap di hotel mihrab, putrajaya.
Terjumpa TERJEMAHAN AL QURAN yang saya cari-cari selama ni.
Bagi saya kita bukan saja perlu khatam Al Quran bahkan juga perlu khatam terjemahan Al Quran bagi mengetahui tafsirnya.
Buku terjemahan ini amat mudah,menarik dan senang dibaca berbanding terjemahan lain, kerana buku ini dihimpunkan semata mata terjemahan Al Quran. Menjadikannya seperti sebuah buku mudah.
Saya kongsikan gambar di bawah ini.

Mungkin ada juga saudara saudari yang mencari-cari seperti saya.
Terjemahan ini diterbitkan oleh KNOWLEDGE INBOUND SDN. BHD., dan dicetak oleh PERCETAKAN ZAFAR SDN. BHD.
Jazakallah..





Read more...

HAUL TOKKU TUAN BESAR DAN TOKKU PALOH 2017

>> Friday, August 25, 2017

Alhamdulillah, Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
puji-pujian bagi Allah dan Selawat keatas baginda Muhammad s.a.w,
Pada 24hb Ogos 2017 , dengan izin Allah, saya berkesempatan mengikuti Haul Tokku Tuan Besar dan Tokku Paloh yg merupakan dua tokoh ulama besar Negeri Terengganu. Majlis ini bagi memperingatkan jasa dua tokoh Auliya,mengambil berkat dan mengambil mutiara daripa ulama2 jemputan.

Berikut saya kongsikan gambar-gambar sepanjang perjalanan Haul untuk menjadi sedikit rujukan bagi mereka yang ingin memyertai Haul ini pada masa akan datang dan bagi membangkitkan rasa semangat untuk pencinta ilmu dan pencinta ulama untuk turut serta pada masa akan datang.


TENTATIF PROGRAM
# majlis bermula di makam TOKKU TUAN BESAR yg terletak di belakang masjid Tokku Tuan Besar.


# selesai majlis di makam TOKKU TUAN BESAR, bergerak ke makam TOKKU PALOH yang terletak di Losong.



# Bergerak ke MASJID TOKKU PALOH







# Selesai di MASJID TOKKU PALOH, bergerak kembali ke MASJID TOKKU TUAN BESAR


Majlis selesai lebih kurang jam 11.00malam

Antara ulama-ulama yang turut hadir.

anda boleh melihat banyak lagi gambar dengan melayari fb ini:
https://m.facebook.com/stokkupaloh1/

Moga Allah memberi peluang dan kesempatan kepada saya dan saudara saudari pencinta ilmu untuk hadir lagi ke HAUL ini pada tahun tahun berikutnya jika dipanjangkan umur oleh ALLAH..

Nabi bersabda,
إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majlis Ilmu). (Riwayat At-Tirmidzi)

Read more...

MINIT MESYUARAT MASJID UNTUK BUKA AKAUN BANK

>> Monday, October 24, 2016

Assalamualikum semua..

1. Harini saya nak kongsi cara atau proses untuk buka akaun bank bagi Masjid,khususnya di KELANTAN.mungkin di negeri lain prosedurnya lebih kurang sama
2. Perkongsian ini atas dasar ingin memudahkan saudara semua membuat rujukan. Jadi tak perlu ke sana ke mari utuk membuka akaun.
3. Sebelum ke bank untuk buka akaun.ada beberapa perkara yg perlu disediakan untuk diserahkan kpd pihak bank. TETAPI SEBELUM KE BANK ANDA PERLU DAPATKAN DAHULU SURAT PENGESAHAN JAWATANKUASA DI MAIK

BERIKUT CARA UNTUK DAPATKAN SURAT PENGESAHAN

4. Apa yang anda semua perlu sediakan adalah:
4.1  Minit mesyuarat ahli jawatankuasa masjid  (CONTOH ADA DI BAWAH SEKALI)
4.2  Borang MAIK

( 2 perkara ini diperlukan untuk diserah kpd MAIK. slps itu barulah MAIK akn keluarkan surat PENGESAHAN JAWATANKUASA..)

CARA ISI BORANG MAIK

5. Borang daripada MAIK bagi saya, anda boleh terus isi di pejabat MAIK. Dengan syarat PENGERUSI MASJID boleh terus tandatangan pada borang tersebut..
tetapi jika pengerusi tidak pergi bersama, lebih baik anda bawa balik borang tersebut dan isinya di rumah dan mintak PENGERUSI turunkan tandatangan pada borang itu..dan serah balik kpd pejabat MAIK...

Borang tersebut lebih kurang format surat rasmi.
Maklumat yg perlu diisi pada borang ialah:
5.1 Tajuk: PERMOHONAN BUKA AKAUN BANK
5.2 Sebab: untuk memudahkan urusan simpan duit masjid di bank (ataupun apa apa alasan yang logik)
5.3 Tandatangan Pengerusi
5 4 Tandatangan Saksi

(Maaf saya tak sempat untuk ambik gambar borang tersebut)


PASTIKAN MINIT MESYUARAT BUAT 3 SALINAN:
1)Serah kpd MAIK
2)Serah kpd BANK
3)untuk Simpanan sdri

PEJABAT Majlis Agama Islam dan adat istiadat kelantan (MAIK) ada di BALAI ISLAM, KOTA BHARU, KELANTAN..

BANGUNAN SEBELAH PINTU CERMIN MAIK

PINTU PEJABAT BESAR

Naik tingkat 2


PINTU PEJABAT BAHAGIAN AGAMA
 (BORANG, SURAT AMBIL DAN HANTAR DI SINI. )


Selepas itu...
Serahkan MINIT MESYUARAT DAN BORANG MAIK tadi kpd pejabat MAIK.

Pegawai di sana akan keluarkan surat PENGESAHAN..untuk anda bawa ke bank nanti...


CONTOH SURAT PENGESAHAN YANG DI BERI MAIK


SELESAI...

seterusnya bawa ke BANK :
1) MINIT MESYUARAT 
2) SURAT PENGESAHAN

AKAUN BANK ANDA BERJAYA DI BUKA..

~TERIMA KASIH~

DI BAWAH INI CONTOH MINIT MESYUARAT (Anda boleh copy paste & edit-Halal)


MINIT MESYUARAT MASJID UBAIDILLAH  SIRI 1/2016

TARIKH : 02 OKTOBER 2016
MASA     : 9.30 MALAM
TEMPAT : MASJID UBAIDILLAH, KG. KUBANG BUNUT, KASA, 17000 PASIR MAS KELANTAN.

KEHADIRAN:
1.     HAJI MUHAMMAD BIN ABDULLAH
2.     MAD ZAID BIN DOLLAH
3.     MAT ZIN BIN DOLLAH
4.     ROMLI BIN HASHIM
5.     SANUSI BIN MAT ZIN
6.     MAT RAZAN BIN AWANG BESAR
7.     ASRI BIN SIDI AHMAD
8.     MOHD ZAIDI BIN KASIM
9.     SHAM SUHAILI BIN ALING
       YAAKUB BIN SAID
       WAN ROSDI BIN WAN HAMAT
       AHMAD TARMIZI BIN YAHYA
       SANUSI BIN MAT ZIN
       MUHAMMAD FAISAL BIN ARIFFIN

BIL
AGENDA
TINDAKAN
1.0
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS/ IMAM MASJID
Haji Muhammad selaku Imam Masjid Ubaidillah terlebih dahulu mengucapkan salam dan terima kasih diatas kehadiran para Jemaah untuk menunaikan solat Insyak berjamaah. Ada pun kehadiran pada masa ditetapkan ini adalah untuk membuat pelantikan AJK Masjid Ubaidillah dan untuk membincangkan berkenaan pembukaan akaun Bank bagi Masjid ini.

MAKLUMAN
2.0
Mesyuarat memutuskan dan mengambil makluman perkara-perkara berikut:

PENGERUSI                     : HAJI MUHAMMAD BIN  ABDULLAH
SETIAUSAHA                    : MAD ZAID BIN DOLLAH
T/SETIAUSAHA                 : MUHAMMAD FAISAL BIN ARIFFIN
BENDAHARI                                          : MAT ZIN BIN DOLLAH

AJK
BIRO IT                              : MOHD ZAIDI BIN KASIM
BIRO PEMBANGUNAN         : ROMLI BIN HASHIM
BIRO KESELAMATAN           : AHMAD TARMIZI BIN YAHYA
BIRO AGAMA                    : MAT RAZAN BIN AWANG          BESAR
BIRO KEBERSIHAN              : ASRI BIN SIDI AHMAD
BIRO KEBAJIKAN             : WAN ROSDI BIN WAN HAMAT
BIRO PENGANGKUTAN      : SHAM SUHAILI BIN ALING
BIRO PERALATAN                               : SANUSI BIN MAT ZIN

MAKLUMAN
3.0
PEMBUKAAN AKAUN MASJID UBAIDILLAH
3.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuka akaun Bank Islam Cawangan Pasir mas.
3.2 Nama Akaun: Tabung Masjid Ubaidillah
3.3 Jenis Akaun : Semasa
3.4 Alamat yang didaftarkan: Masjid Ubaidillah, Kg. Kubang Bunut, Kasa, 17000 Pasir Mas
3.5   Pemegang Amanah/ Kuasa:

         1.  HAJI MUHAMMAD BIN ABDULLAH
(ic:)-PENGERUSI
         2. MAD ZAID BIN DOLLAH (ic:)-SETIAUSAHA
      3.  MAT ZIN BIN DOLLAH (ic:)-BENDAHARI

3.6   Tandatangan mana-mana DUA DARIPADA TIGA PENAMA DI ATAS adalah diperlukan bagi urusan Bank.




PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
4.0
UCAPAN PENANGGUHAN DAN DOA SELAMAT
4.1 Pengerusi berharap segala yang telah dirancang akan dapat dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab oleh AJK yang baru dilantik dan hanya Allah yang akan membalas segala amal baik yang dilakukan.
4.2 Bacaan doa selamat oleh pengerusi.
4.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

MAKLUMAN


Disediakan oleh:



_____________________________
(MUHAMMAD FAISAL BIN ARIFFIN)
T/SETIAUSAHA

Disemak dan disahkan oleh:



_____________________________
(HAJI MUHAMMAD BIN ABDULLAH)
PENGERUSI


Read more...

BUKU SITI FATIMAH

>> Tuesday, June 28, 2016

Assalamualaikum..kpd customer yg mencari buku SITI FATIMAH..boleh contact sy balik..baru jumpa buku ni..
ada 5 buah
harga RM15/pcs





Read more...

Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2015 Online

>> Saturday, January 24, 2015

Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 / BR1M 4.0 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.
[Terkini] Tarikh tutup permohonan dan kemaskini BR1M 2015 telah dilanjutkan kepada 31 Januari 2015.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat terkini, maklumat ahli keluarga, akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja) dan juga penama bagi Skim Khairat Kematian (untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas sahaja).


Cara memohon dan kemaskini BR1M

Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara online melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
Proses itu juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini. Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah.
Kegagalan menghantar permohonan atau mengemaskini BRIM 2015 sehingga tarikh tutup 31 Januari 2015 akan menyebabkan permohonan tidak diproses.

Read more...

Wasiat Raja Haji Fisabilillah kepada Umat MELAYU

>> Tuesday, December 16, 2014

Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknatullah.
 Akan tetapi Belanda itu telah mencanangkan bahawa aku dan sekalian orang Bugis tidak berpuas hati dengan pengagihan hasil rampasan tembakau dari Kapal Betsy kepunyaan Perancis yang menceroboh Selat Melaka itu. 

Adapun kita adalah orang-orang Melayu yang beriman kepada Allah Taala juga menyakini bahawa peristiwa itu hanyalah asbab yang telah menyatukan orang-orang Melayu dari Teluk Ketapang, Selangor, Rembau dan dari Batang Tiga untuk menghambat Belanda keluar dari Punggor, Duyung, Pernu, Semabok, Ujung Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir, Bukit Cina, Tanjung Keling dan Tengkera sebelum kita berkubu di Teluk Ketapang.
Orang Serani, Cina dan India turut bergabung dengan kita dalam peperangan ini. Kini Gabenor Belanda menjadi seperti tikus dikejar naga berkubu di Kota Melaka. Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.

Yakni dengan kata lain, peperangan ini adalah untuk mengembalikan tanah, udara, air dan laut yang telah dirampas oleh penjajah kepada orang-orang Melayu yang sudah beratus tahun membina kehidupan, membina kota dan pelabuhan di tanah air ini.
Jikalau terdapat satu pun kampung, daerah, kota dan pelabuhan yang terbakar dan ditawan oleh penjajah, maka seluruh orang Melayu di seluruh kampung, daerah, kota dan pelabuhan wajiblah bangun menentang dan menghalau mereka.

Sesungguhnya orang-orang Melayu itu bersaudara dan kita tidak akan kalah dalam mana-mana peperangan pun, jika kita bersatu padu di jalan Allah. Syahadan untuk kita bersatu di jalan Allah bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia bagai mengepal pasir yang kering. Syaitan adalah musuh yang nyata sama ada yang terang-terang terlihat pada mata kasar mahupun yang berselindung di sebalik hati manusia.

Terbukti kebenaran wahyu sejak kakiku berjejak di Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi, Bangka, Pontianak, Mempawah dan negeri-negeri Melayu yang lain. Telah bersungguh-sungguh aku membantu meleraikan persengketaan yang berlaku sesama sendiri dan mematahkan muslihat penjajah laknatullah. Mana dapat dibuat damai, maka damailah yang kumeterai.
Mana yang berkehendakkan peperangan, maka peperanganlah yang kupimpin kerana sudah dua ratus tahun lebih kita masih dijajah bahana berebutkan kuasa yang tidak habis-habisnya, saling berhasad dengki dan bersubahat dengan musuh. Yang ruginya rakyat jelata. Tanah diambil, hasil diperas dan tubuh diperhamba.

Maka pada hari ini, tanggal 19 Rejab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis di atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. Al-Quran di sebelah kananku. Kitab Dalilul Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku.

Sungguhpun demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang aku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut. Berwajah Melayu berhati Belanda.
 Usahlah ditanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naiknya. Apabila Allah mengkehendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiadalah siapapun yang dapat mengelakkannya. Biarkan sahaja mereka menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah! Nah, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian.

Marilah kita berdepan sebagai seorang lelaki Melayu yang sejati! Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allah. Matiku di medan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah Taala. Matimu di medan perang ini, tandanya celakalah engkau di akhirat kelak.

Seyogia, ketahuilah saudaraku. Walau apapun yang terjadi kepadaku janganlah dimungkirkan kafiat jalanku ini kerana ia akan hanya mengulangi kekhilafan malaikat apabila Allah menyatakan kehendak-Nya mahu menciptakan manusia untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi yang akan ada di kalangan manusia saling menumpahkan darah. Janganlah kita lupa pengakuan azali kita di depan Allah.

 Janganlah kita melupai ilmu yang Allah ajarkan secara langsung daripada sisi-Nya kepada kita. Kerana dengan itulah kita, manusia ini, dibangga-banggakan Allah di hadapan para malaikat-Nya, kata Allah ‘Sudah kunyatakan bahawa aku lebih mengetahui daripada apa yang kamu tahu.’
 Allah Maha Besar! Andai aku mati di medan perang ini akan berlanjutan fitnah demi fitnah yang tidak habis-habis, menghujani orang-orang Melayu di sepanjang sejarah akan datang. Manusia Melayu munafik, pengkhianat, pendengki dan petualang akan sentiasa muncul di kalangan kalian sebagai semut hitam yang melata di atas batu hitam pada waktu malam, tanpa bulan dan bintang.

Akan ada di kalangan kalian, Melayulah juga ia, yang akan menyambung lidah Belanda menuduh aku berjuang dan berperang kerana mabukkan harta dan kuasa. Sesungguhnya moyang poyangku para Opu Daeng Lima Bersaudara bukanlah mahu disanjung-sanjung dan dimegah-megah. Memadailah kukatakan apa yang kami inginkan ialah bangsa kita umat Melayu ini hidup bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

 Maka Maha Adillah Allah Taala sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan umat Melayu sesudah kami ini yang akan menyambung perjuangan kami. Mereka menyambut panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang.

Semangat mereka menyerupai kami, walaupun bilangan mereka tidaklah seramai golongan munafik dan petualang. Mereka berani mati sehinggalah si petualang bangkit daripada sujud tatkala imam dan jemaah masih bersujud, lalu ditancamkan pisau di belakang antara mereka. Maka sesekali tidak mengundang gundah kerana apabila sudah datang janji Allah, maka syahid lah dia.

Jika yang ditikam itu masih terus hidup, maka dia akan menjadi saksi kepetualangan si munafik tersebut, lalu mudahlah dicam dan diberkas seketika itu juga. Maha Besar Allah Yang Awal dan Yang Akhir. Ketahuilah wahai saudaraku.
Bahawasanya umat Melayu tidak akan sesekali ghaib daripada muka bumi ini yang Allah telah takdirkan gunung, dataran, sungai, kuala, selat dan lautan untuknya. Semuanya akan diwariskan Allah kepada raja yang adil lagi saksama dan pembesar yang mukmin dan mukminat untuk memerintah.

Maka Allah mengurniakan rahmat dan berkat daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan semua penduduk bumi dan langit mendoakan kesejahteraan bagi segenap isi negeri. Sesungguhnya akan tibalah pada hari dan zaman itu orang-orang Melayu semuanya akan bersatu dan sanggup mati di jalan Allah.

Mereka bersedia berperang dengan musuh daripada belahan dunia mana sekalipun. Kota-kota mereka terbina daripada peradaban ilmu yang dihiasi dengan mutiara kebijaksanaan. Ulama dan cendikiawan diterima sebagai penasihat ulil amri. Para ahli sufi terbebas daripada fitnah ajaran sesat dan batil.

 Rakyatnya cukup makan dan untung berniaga, tanpa ada penindasan dan perampasan. Kaum-kaum lain mendapat naungan dan jaminan keadilan sehingga taat dan setia mereka tidak berbelah bahagi lagi. Zaman makmur itu akan tiba juga apabila hak-hak Allah dipenuhi. Hak-hak rakyat dilaksanakan. Peraturan-peraturan mereka ditimbang dengan syariat dan disukat dengan adat. Syahadan, ketahuilah olehmu wahai saudaraku. Ingatlah bahawa ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait.

Justeru tetapkanlah waspada sebagai pengawal di pintu gerbang zaman makmur. Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga. Runtuhnya zaman makmur kerajaan Melayu sebelum ini adalah kerana raja dan pembesarnya sudah ada biduk, tetapi serempu pula. Lalu timbullah perebutan, hasad, iri hati dan sengketa.

Kalau rakyatnya pula suka menuntut piutang lapuk. Ditelan kemewahan dilambung mabuk. Ada juga yang menjadi seperti itik bertaji. Tandanya, keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya sahaja. Musuh yang nyata disetiakawankan. Manakala sesama sendiri sanggup ‘berjuang’ hingga memancung leher.

Kesudahan mereka adalah dengan suul khatimah kerana lekat pada ingatan mereka akan harta dan kuasa yang terlepas daripada tangan. Dipamerkan pula tempatnya di neraka jahanam, wa nauzubillah. Itulah jihad di jalan syaitan adanya. Benarlah, ujian-ujian daripada Allah turun bersama-sama zaman makmur.
 Maka jika kita alpa dan lalai diri dengan melakukan kegiatan dan perbuatan yang dilarang Allah, maka tunggulah bala bencana daripada tujuh petala bumi dan tujuh petala langit bertali arus menimpa umat Melayu itu. Ya Allah menitis pula air mataku. Ketahuilah bahawa aku tidak pernah menitiskan air mata sebagai seorang lelaki Melayu berhati kecut. Tetapi air mataku ini mengalir apabila memikirkan anak cucu cicit yang terkemudian hari.

 Apalah pula ujian dan balanya; apalah pula sengketanya; apalah pula pengkhianatannya; apalah pula penyelewengannya dan apalah pula kesudahannya. Segala ribut badai perasaanku menyatu bersama ingatan terhadap junjungan nabi kita ketika saat-saat sakaratulmaut menjelang, telah terucap di mulutnya yang mulia ‘umatku, umatku, umatku!’ Aduhai Nabi kekasih Allah! Ingatlah pada zaman manapun kalian berada sentiasalah berselawat ke atas nabi dan beramal dengan sunnah-sunnahnya kerana itulah penyelamat agung penyedar daripada alpa dan lalai, pengikis sifat munafik dan menghidupkan jiwa.

Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada awalnya
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad. pada akhirnya.
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada setiap ketika.

Tatkala sampai di baris ini, aku sedang melihat berpuluh kapal perang armada Belanda pimpinan Peter van Braam dari Betawi itu, sudahpun tiba di pantai. Demi Allah, yang hidup dan matiku hanyalah di tangan-Nya, sedikitpun aku tidak berasa gentar, apatah lagi untuk berundur walau seinci pun ke belakang kerana kuyakini Allah sentiasalah ada bersamaku dengan panji janji-Nya dan panji kebenaran-Nya. Biarlah luka di dada jangan luka di belakang.

Rencana si munafik itu sampailah ke kemuncaknya apabila mereka dapat masuk menyelinap ke dalam kubuku, merampas pemurasku yang disandarkan ke dinding, maka ketika itu sampailah ilham daripada Allah kepadaku.

Bahawa aku kini hanya ada sebilah badik tersisip di pinggang dan hijap yang terangkat antara aku dengan Tuhanku. Seraya langsung aku memanjatkan doa, “Ya Allah sesungguhnya aku telah dizalimi dan dikhianati.

 Aku bentangkan ke hadrat-Mu seluruh pengharapan-Mu dengan segala fakir dan hina diriku, Engkau jadikanlah warkahku ini terhijab daripada pandangan mata setiap munafik dan musuh-musuhku serta Engkau peliharakanlah warkahku ini hingga sampai ke hujung zaman agar dapat dibaca dan ditilik oleh anak cucu cicit kami pada kemudian hari.

 “Ya Allah. Tidak sampai hati mahu ku pinta celaka untuk segolongan Melayu yang bersubahat dengan penjajah itu. Ya Allah jadikanlah anak cucu cicit kami di kemudian hari berjuang dan berperang dengan lebih berani dan gagah di jalan-Mu.

Ya Allah tempat aku juga di sisi kekasih-Mu, Rasulullah yang aku rindui dan cintai segenap hatiku sekiranya aku gugur di jalan-Mu Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Mengabulkan doa.” Tatkala itu munafik-munafik itu mahu menangkap aku yang masih bertimpuh di atas sejadah.

Namun demikian dengan kuasa Allah Taala segala sendi pada tubuh mereka, terkunci kaku seperti patung adanya. Maka bingkaslah aku daripada duduk lalu aku pandang satu persatu wajah-wajah Melayu munafik itu. Benarlah, peluru perak pemecah kubu yang kuat. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.
 Tiada gunanya lagi kata-kata kerana perut tidak bertelinga. Sesudah itu berjalanlah aku menuju ke muka kubu dan tersergamlah kapal perang penjajah laknatullah itu pada pandanganku. Inilah Raja Haji yang kalian cari-cari. Syarak yang mengata, adat yang memaksa. Dengan badik di tangan kanan dan Dalilul Khairat di tangan kiri, lidahku berwiridkan selawat.

 Bammm!!!

Bunyi bedilan sebuah meriam daripada salah sebuah kapal Belanda yang muncungnya dihala ke batang tubuhku, bergema ke udara. Ah! Sungguh beruntung pengkhianat itu kerana dapat menyaksikan lagi kuasa Allah apabila peluru lela rentaka meletup di dalam lubangnya sendiri, lalu terpelantinglah askar Belanda berselerak di atas kapal dan sebahagiannya pula jatuh ke dalam laut.

Beranak pinaklah pula bunga-bunga api membakar kapal perang itu. Panglima Perang Belanda Peter van Braam nyatalah amatlah terkejut adanya. Bertambah maraklah lagi semangat jihad yang menjulang-julang dalam dada pejuang-pejuang Melayu.
Bertambah amuklah mereka hingga berkecamuk barisan penembak pasukan askar Belanda itu. Lantas bertafakurlah aku apabila melihat keadaan itu. Aku berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menetapkan apa jua keputusan-Nya.

Beberapa ketika kemudian dapatlah aku ilham daripada-Nya seraya aku bermohon, “Ya Allah aku berserah kepada-Mu seluruh jiwa dan ragaku.
Aku rela syahid Ya Allah di jalan-Mu, daripada kehormatanku dan kehormatan umat Melayu ini dipijak-pijak oleh penjajah laknat ini setelah ditipudayakan oleh petualang daripada bangsa kami sendiri.” Arakian Panglima Perang Belanda itu sendiri segera menyalakan sumbu ubat bedil merim lela rentaka yang muncungnya dihalakan tepat ke dadaku.

Bammm!!!

Maka sampailah janji Allah. Mencurahlah darah daripada dadaku. Jasadku rebah ke tanah. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Maka terpinga-pingalah para munafik dan petualang apabila melihat askar penjajah memijak-mijak batang tubuhku, membakar al-Quran dan Dalilul Khairat. Badikku pula dilemparkan ke dalam laut. Pecahlah kapi, putuslah suai. Datanglah masyghulku, tetapi seketika itu juga difahamkan Allah kepadaku bahawa itulah tanda-tanda doaku yang telah dimakbulkan Allah.






GLOSARI:
• Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja = Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.
• Bagai mengepal pasir yang kering = Kesukaran menyatukan perbezaan pandangan tahu di angin turun naiknya, tahu tentang alamat tentang peristiwa yang bakal terjadi.
• Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah = Yakin maksud tercapai.
• Ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait = Halangan dan rintangan dalam sesuatu usaha.
• Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga = Dalam zaman kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.
• Sudah ada biduk, tetapi serempu pula = Berebut kuasa.
• Menuntut piutang lapuk = Melakukan sesuatu yang sia-sia. 
• Itik bertaji = Sangat penakut tetapi sombong.
• Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya = Perbuatan yang pandir.
• Biarlah luka di dada jangan luka di belakang = Biar alah kerana melawan jangan alah kerana melarikan diri.
• Peluru perak pemecah kubu yang kuat = Kerana duit semuanya dibongkarkan
• Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang = Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri.
• Perut tidak bertelinga = Nasihat yang tidak akan diturutkan
• Syarak yang mengata, adat yang memaksa = Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan • Pecahlah kapi, putuslah suai = Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi (sejarah) dan menanggung malu teramat sangat.

dipetik dari brahammickel.blogspot

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP