Berdoa dan Bersyukur
>> Sunday, February 13, 2011
firman Allah:"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu"
Bersyukurlah dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita,
yakinlah setiap doa yang kita panjatkan akan di makbulkan oleh Allah,
mungkin Allah tidak memberi di dunia kerana Allah ingin memberi yang lebih baik permintaan kita itu di akhirat nanti,
yang mana kita akan lebih berpuas hati daripada mendapatnya di dunia.
Mungkin juga Allah tidak memberi permintaan kita itu kerana Allah mempunyai sifat Maha Mengetahui,jika Allah memberi permintaan itu kepada kita maka nikmat itu bakal membuatkan kita alpa dan lalai daripada mengingati-Nya.
Allah sayang kepada kita, Allah tidak mahu kita lari daripada "pandangan Rahim-Nya".
Maka oleh itu,Allah tidak akan memberi nikmat yang kita minta itu kepada kita.
Sentiasalah bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya.
Apakah kita akan marah kepada-Nya kerana tidak memberi kepada kita apa yang kita minta daripada-Nya?
Tidak sedarkah kita dan tidak malukah kita, betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita semasa kita hidup senang sebelumnya?Dan berapa ramai lagi orang yang lebih miskin daripada kita tetapi mereka sentiasa tersenyum?mereka yang hilang anggota badan tetapi masih lagi menuju ke masjid-masjid untuk solat berjemaah?mereka yang hilang semua orang yang di sayanginya tetapi masih meneruskan hidup? kerana mereka tahu bahawa Allah akan memberi pahala yang besar kepadanya jika dirinya bersabar dan bertakwa.
Maka apabila Allah tarik sedikit nikmat yang kita miliki sebelumnya telah membuatkan kita rasa Allah tidak sayang kepada kita? Allah zalim kepada kita? Allah tidak makbulkan doa kita?
Ingatlah, bahawa hanya kehidupan di syurga sahaja lah, kita akan mengecapi nikmat yang sejati yang tidak putus-putus, tidak akan berdukacita dan sentiasa dalam keadaan tenteram.
Sedangkan selagi kita dikatakan masih hidup di atas dunia ini, kita akan sentiasa di uji, di uji dan diuji oleh Allah.
Tiap-tiap nikmat yang ditarik atau yang tidak ada pada kita tetapi orang lain mempunyainya merupakan ujian di atas dunia ini.
Jika kita bersabar, berserah diri kepada Allah, pasti ganjaran yang besar akan diberikan kepada kita di dunia mahupun di akhirat kelak.
Hidup di dunia ini merupakan sementara sahaja, bersabarlah dengan dugaan-Nya selagi kita masih bernyawa. Adakah kita ingin kufur dan berpaling dari Allah disebabkan ujian ini? Adakah kita sanggup menukar nikmat dunia yang paling lama 60-70 tahun ini dengan nikmat akhirat yang kita akan hidup selama-lamanya?
Ya Allah,hapuskan Duka dengan Bahagia-Mu,
gantikan Derita dengan Rahmat-Mu,
hilangkan Sakit dengan nikmat Sihat-Mu,
& cukupkanlah kami dengan Rezeki-Mu ...
F.A- habatussaudamadinah.blogspot.com