Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2015 Online
>> Saturday, January 24, 2015
Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 / BR1M 4.0 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.
[Terkini] Tarikh tutup permohonan dan kemaskini BR1M 2015 telah dilanjutkan kepada 31 Januari 2015.
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat terkini, maklumat ahli keluarga, akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja) dan juga penama bagi Skim Khairat Kematian (untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas sahaja).
Cara memohon dan kemaskini BR1M
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara online melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
KLIK DI SINI: https://ebr1m.hasil.gov.my
Proses itu juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini. Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah.
Kegagalan menghantar permohonan atau mengemaskini BRIM 2015 sehingga tarikh tutup 31 Januari 2015 akan menyebabkan permohonan tidak diproses.
Read more...