Kami membekal dan menjual Minyak habatussauda, kapsul baraka, cuka kurma, cuka epal, pati delima, biji aprikot B17 dan buku dengan produk berkualiti serta harga terbaik dan murah..

Nama-nama 14 Pahlawan Islam Yang Syahid Di Medan Perang Badar

>> Monday, May 16, 2011

Pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, meletuslah pertempuran pertama dalam sejarah Nabi Muhammad s.a.w. Peperangan diantara kaum Quraisy dengan pasukan Islam di medan Badar.
Tentera Islam berjumlah 313 orang telah mencapai kemenangan besar berdepan dengan tentera Quraisy berjumlah 905 orang.

Doa nabi yang termasyur semasa peperangan ini dengan baginda bersungguh-sungguh dan mengangkat tangan baginda yang mulia setinggi-tingginya ialah:
" Wahai Allah! sekiranya Engkau membinasakan golongan Islam ini di dalam peperangan ini, maka tidak akan ada lagi manusia yang akan menyembah Engkau di atas muka bumi ini."

Seramai 14 orang pahlawan Islam yang telah Syahid, iaitu;

1. Ubaidah Bin Al-Harith
2. Mihja' (bekas hamba Sayyidina Umar)
3. Harithah Bin Suraqah
4. Umair Bin Al-Hummam
5. Umair Bin Abu Waqqas (adik kepada Saad Bin Abu Waqqas )
6. Safwan Bin Baidha'
7. Zus Syamailaini
8. Yazid Bin Al-Harith
9. Rafi Bin Al-Mu'alla
10. Saad Bin Khaisamah
11. Mubasysyir Bin Abdul Munzir
12. Aqil Bin Al-Bukair
13. Mu'awwiz Bin Al-Harith
14. Auf Bin Al-Harith

Ya Allah matikanlah aku sebagai syahid dunia akhirat seperti mereka ini...amin..

F.A- habatussaudamadinah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP