Kami membekal dan menjual Minyak habatussauda, kapsul baraka, cuka kurma, cuka epal, pati delima, biji aprikot B17 dan buku dengan produk berkualiti serta harga terbaik dan murah..

Ketibaan DAJJAL ???

>> Wednesday, February 9, 2011

Pendapat Ketibaan Dajjal Berdasarkan kajian Hadis


Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"Setiap Nabi telah memberi amaran kepada kaum2 mereka sendiri mengenai Dajjal. Begitu juga Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya. Tapi aku akan memberitahu kepada kamu semua apa yang tidak pernah dikatakan oleh Nabi2 sebelumku. Sesungguhnya Dajjal itu melihat dengan satu mata, (yakni) mata kirinya dan buta di sebelah mata kanannya yang kelihatan seperti sebiji anggur yang terapung. Tapi Tuhan kamu tidaklah bermata satu. Di antara matanya iaitu dahinya tertulis perkataan KAFIR. Dan sesungguhnya setiap mukmin dapat membacanya (melihatnya)"



Dalam hadits An-Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu disebutkan:

قُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي اْلأَرْضِ؟ قَالَ: أَرْبَعُوْنَ يَوْمًا، يَوْمٌ كَسَنَةٍ وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ

“Kami berkata: ‘Ya Rasulullah berapa lama Dajjal tinggal di bumi?’ Rasulullah berkata: ‘40 hari. Satu hari seperti satu tahun kemudian seperti sebulan kemudian seperti seminggu kemudian hari-hari lain seperti hari kalian sekarang’.”

Mari kita mengkaji Hadis ini

1) Ketibaan DajjalApabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di atas muka bumi selama 40 hari sebagaimana Hadis di atas:

1 hari seperti 1 tahun
1 hari seperti 1 bulan
1 hari seperti 1 minggu

dan hari-hari seterusnya adalah seperti hari biasa kita

Dalam surah al-Hajj ayat ke-47 (sila buka tafsir)
1 hari di sisi Allah adalah bersamaan 1000 tahun di dunia kita.

1 Hari = 1000 tahun

Jadi untuk memahami mengapa Nabi SAW bersabda sedemikian,mari kita lakukan sedikit pengiraan matematik mudah.

(1000 tahun kita) / (1 tahun) = 1000 tahun
(1000 tahun kita) / (12 bulan) = 83.33 tahun
(1000 tahun kita) / (52 minggu) = 19.23 tahun

Dalam video di bawah ini ada menerangkan:

Pada waktu 1 hari seperti 1 tahun - Britain merupakan ibu pejabat pemerintahan Dajjal.

Pada waktu 1 hari seperti 1 bulan - Amerika merupakan ibu pejabat pemerintahan Dajjal.
Pada waktu 1 hari seperti 1 minggu - Israel menjadi ibu pejabat pemerintahan Dajjal.

Jika diteliti sejarah, kerajaan Britain mula wujud pada tahun 900 Masihi.
1 hari = 1000 tahun, maka Britain berkuasa sehingga (900 + 1000) = 1900

Selepas Britain menyerahkan kuasa kepada Amerika Syarikat,maka Amerika Syarikat akan berkuasa selama 83.33 tahun..maka lebih kurang sehingga tahun 2000.


Kemudian Amerika akan mula menyerahkan kuasa pemerintahan mereka kepada Rejim Zionist di Israel. Mereka pula dijangka berkuasa selama +- 20 tahun.


Jadi sekarang merupakan waktu peralihan kuasa Dunia dari Amerika kepada Israel. Kita cuma boleh menjangkakan Israel berkuasa selama lebih kurang 20 tahun jika kiraan di atas adalah tepat atau hampir tepat (kerana hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui tarikh2 sebenar)..dijangka tahun 2020, Dajjal akan muncul untuk membuat kacau di dunia ini ???

2) Kemunculan Imam Mahdi

Tapi kita perlu ingat, Imam Mahdi yg akan muncul dahulu sebelum kemunculan Dajjal. Apa yg menariknya mengenai Imam Mahdi ini ialah bapanya merupakan keturunan Rasulullah SAW di mana kita sedia maklum bahawa Rasulullah berketurunan Nabi Ismail,manakala ibu kepada Imam Mahdi pula berketurunan Nabi Ishak, iaitu saudara sebapa Nabi Ismail. Kedua2 Nabi Ismail & Nabi Ishak merupakan anak Nabi Ibrahim. Jadi Imam Mahdi merupakan hasil pertemuan dua keturunan mulia yang penuh sejarah2 murni.

Maksud hadith:
Rasulullah pernah bersabda,"sekiranya dunia ini akan tamat, dan hanya ada sehari sahaja lagi sebelum penamat, maka nescaya Allah akan panjangkan hari itu sepanjang2nya sehingga muncul seorang pemuda dari ahli keluargaku (keturunan). Dia akan menghapuskan segala kezaliman di muka bumi ini.

Dipercayai bahawa Imam Mahdi berkemungkinan sudah hidup di muka bumi ini berumur dalam lingkungan 20-30 tahun (sekiranya kiraan Matematik itu benar). Perlu diingat bahawa Imam Mahdi tidak mengetahui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi yang dinanti2kan selama ini..Ini kerana menurut jangkaan, tahun 2020 merupakan penamat bagi FASA KE-3 PEMERINTAHAN DAJJAL (1 hari = 1 minggu). Sekiranya benar kiraan tersebut, maka lelaki yg berumur 20-30 tahun pada masa sekarang berkemungkinan merupakan Imam Mahdi yg kita nanti2kan.

Kemudian akan turunnya al-Masih Dajjal yg cuba untuk membuat kerosakan di muka bumi ini dan kemudian turunnya Nabi Isa a.s. bergabung tenaga dengan Imam Mahdi untuk menghancurkan

 al-Masih Dajjal!!


Perkiraan ini hanyalah sekadar teori...benar atau salah..TUNGGU DAN LIHAT..

PERSOALANNYA : BERSEDIAKAH KITA MENGHADAPINYA ???



                          
                           Video : Dunia Akhir Zaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP